Skip to main content

AlQuran Per Kata


Sekarang ada bermacam-macam jenis Al Quran termasuk Al-Quran per kata yang terdapat di pasaran. Apabila saya sudah mula belajar bahasa Arab, saya tercari-cari sebuah Al-Quran yang dapat membantu memudahkan saya menghafal perkataan-perkataan baru.
Saya tertarik dengan sejenis Al-Quran yang di sebut sebagai Al-Quran per kata.
Al-Quran perkata menyenaraikan terjemahan bahasa Malaysia bagi setiap patah perkataan bahasa Arab di dalam Al-Quran tersebut.
alquran per kata3
Maksud setiap perkataan tidak semestinya hampir sama apabila seluruh ayat diterjemahkan.
Harap tidak ada salah faham antara terjemahan Al-Quran atau tafsir Al-quran.
Lepas saya riki-riki beberapa website yang menjual Al-Quran, saya mengambil keputusan untuk membeli Al-Quran dari website BukuOnline2u.com. Ada bermacam-macam pilihan di website ini.
Pada awalnya saya ingin membeli saiz B5 sebab lebih mudah untuk dibawa ke masjid dan sebagainya tetapi sebab saya diberitahu saiz B5 sudah tiada stok, maka saya pun telah membeli saiz A4.
alquran per kata1
Saya berpuas hati dengan Al-Quran per kata ini kerana setiap perkataan dibezakan dengan warna yang berlainan, disertakan tanda tajwid di bawah muka surat, bacaan sujud tilawah dan banyak lagi.
alquran per kata2
KECUALI.....satu saja. Kertas yang digunakan untuk setiap helai adalah terlalu nipis dari hemat saya kerana kebarangkalian untuk koyak sangat tinggi. Saya perlu berhati-hati setiap kali ingin menyelak helaian Al-Quran ini.
Ini bermaksud, saya tidak boleh menggunakannya untuk kegunaan anak-anak kecil kerana mereka mungkin kurang berhati-hati ketika menyelak helaian Al-Quran ini. Wallahualam.
Kalau anda berminat hendak beli Al-Quran per kata seperti saya bolehlah beli di BukuOnline2U.com kerana mereka ada memberi diskaun dan mereka juga ada banyak buku-buku tentang Islam dan kanak-kanak.
Ataupun boleh dapatkan Al Quran Cordoba yang lengkap dengan tafsir dari Ibnu Kathir sekali di link Al Quran Cordoba.

Comments

Popular posts from this blog

Belajar Bahasa Arab Percuma

PERCUMA?!! Ya..percuma. ^^ Tak perlu bayar. Ada internet, ada laptop, ada masa, ada pensel atau pen, ada buku nota di tangan dan...yang paling penting -- DISIPLIN! (hehehe...ini yang paling susah ni..) Benda percuma ni biasanya kita ambil tak serius. Kalau dah semua percuma, kita boleh buat nak atau tanak je kan? Kalau kena bayar...rasa rugiiiiii sangat kalau tak buat sungguh-sungguh. Sebenarnya, ada banyak sangat bahan-bahan belajar bahasa Arab PERCUMA di alam maya ini = Internet. Lebih-lebih lagi dengan kewujudan Youtube, saya rasa tiada masalah kalau kita cuba korek-korek dan cari video pembelajaran yang sesuai dengan cara pembelajaran kita, speed processor  otak kita ni (hehe.....jangan pentium PRO pulak...) dan mudah untuk difahami. [youtube https://www.youtube.com/watch?v=JKv_afOpIiw] Channel:  Learn Arabic Saya terjumpa kursus belajar bahasa Arab percuma ini masa tengah tercari-cari video yang sesuai. Masa tu dalam pertengahan bulan Julai 2015. Mula-mula sekali

Status Kemajuan Bahasa Arab Saya- Bahagian 1

Saudara Asif - Guru bahasa Arab di  Youtube Channel: Learn Arabic  ini pernah berkata "Bahasa Arab ini susah untuk orang yang malas!". Kena kat saya...hehe. 1001 alasan boleh kita beri kalau kita tak mahu atau tak suka sesuatu tu kan? Dulu memang saya malas...sangat, terutamanya bila saya di asak dengan wazan - wazan untuk kata kerja yang pelbagai hingga rasa nak undur  diri saja dari perjuangan bahasa Arab ni. Alhamdulillah...saya telah menemui buku dan bahan belajar  yang sesuai sebab buku tersebut bermula hanya dengan empat kata kerja. Yer...saya tidak di asak awal-awal lagi dengan benda-benda yang menakutkan. Saya dah jumpa formulanya...iaitu buku dari  Dr. V. Abdur Rahim  dan semuanya PERCUMA!! Alhamdulillah. Buku yang dihasilkan oleh beliau sangat mudah untuk difahami dan sistematik. Ini kerana pelajaran dari unit 1 hingga ke unit seterusnya tidak begitu padat dan penerangan oleh Saudara Asif sangat membantu untuk memahami keindahan pelajaran dalam setiap uni