Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Bahasa Arab vs Bahasa Inggeris

Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris? Yang mana satu pilihan hati? Source: Freeimages Kalau ikutkan secara mata kasar sudah tentu bahasa Inggeris yang menjadi pilihan sekarang kerana: Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum. Walaupun Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi tapi tidak dapat tidak Bahasa Inggeris seringkali digunakan sebagai bahasa kedua bukan saja dalam pertuturan malah dalam urusan di pejabat juga. Bahasa Inggeris seperti sudah menjadi kemestian untuk setiap pelajar menguasainya dan ia sudah mula dititik beratkan dalam sistem pembelajaran di Malaysia semenjak pra-sekolah lagi iaitu ketika kanak-kanak berumur lima atau enam tahun. Untuk ruangan ini, saya akan menterjemahkan sepotong berita dari  KuwaitTimes  hasil tulisan Athoob Al-Shuaibi, tentang Bahasa Arab yang sudah tidak dititik beratkan lagi di tanah Arab. Semoga kita semua mendapat taufik dan hidayah dari Allah dari isu ini. Amin. Tajuk:  Bahasa Arab vs Bahasa Inggeris: Bahasa Ibunda diancam oleh g

Belajar Bahasa Arab semakin popular di bahagian barat China

LANZHOU, Nov. 13 (Xinhua) Berita dari Shanghaidaily  mengatakan bahawa anak-anak muda dari China semakin berminat untuk mempelajari Bahasa Arab setelah inisiatif dari program  'Belt and Road'  telah mula menghasilkan peluang perniagaan dan pekerjaan. Di bahagian Linxia Hui yang kebanyakannya tergolong daripada penganut agama Islam, daerah Gansu mempunyai ratusan pelajar yang sedang mempelajari Bahasa Arab, lebih ramai berbanding tahun lepas. Di Sekolah Teknik dan Vokasional Linxia ada menyediakan kursus belajar Bahasa Arab selama tiga tahun sama seperti di sekolah menengah tinggi. Penolong Pengetua sekolah tersebut; Xiang Jianping memberitahu bahawa pemuda di sini telah menyedari peluang ekonomi baru dan juga lebih banyak peluang dari sektor pelancongan ke Timur Tengah. Xiang telah mendaftarkan 200 pelajar pada tahun ini untuk mempelajari bahasa Arab, hampir empat kali ganda bilangan pelajar dua tahun yang lalu. Pada musim panas ini, seramai 50 orang pelajar telah me

Cara Saya Disiplinkan Diri

Hmmm...disiplin. Satu perkataan yang tak semua orang mahu dengar, ikut atau tekun menghadapinya. Masa kecil-kecil dulu kalau dengar cikgu disiplin nak datang tengok kelas je, mesti takut sangat. Tapi bila dah besar ni..perkataan disiplin ni sayup-sayup je dengar. Sebenarnya, penghalang tegar untuk disiplinkan diri adalah diri kita sendiri. Kalau mahu 1000 daya kalau tak mahu 1000 dalih. Betul tak? OK..bagaimana cara saya disiplinkan diri? Pertama, saya cuba bahagikan masa saya. Bila saya bahagikan masa saya, baru saya dapat tahu dan nampak jelas bahagian apa saya boleh perbaiki. Dalam satu hari ada 24 jam: Tidur - 6 jam Kerja - 9 jam Solat dan Al-Quran - 1 jam 30 minit Makan, mandi, masak dan lain-lain - 2 jam Bahasa Arab - 1 jam Bahasa Sepanyol - 1 jam Membaca buku - 1 jam Bersenam - 30 minit Jumlah keseluruhan - 22 jam Ada baki 2 jam  untuk muhasabah, perancangan hari esok, menonton berita, bertanya khabar keluarga dan lain-lain. Oh ya...saya hampir tidak

Status Kemajuan Bahasa Arab Saya- Bahagian 1

Saudara Asif - Guru bahasa Arab di  Youtube Channel: Learn Arabic  ini pernah berkata "Bahasa Arab ini susah untuk orang yang malas!". Kena kat saya...hehe. 1001 alasan boleh kita beri kalau kita tak mahu atau tak suka sesuatu tu kan? Dulu memang saya malas...sangat, terutamanya bila saya di asak dengan wazan - wazan untuk kata kerja yang pelbagai hingga rasa nak undur  diri saja dari perjuangan bahasa Arab ni. Alhamdulillah...saya telah menemui buku dan bahan belajar  yang sesuai sebab buku tersebut bermula hanya dengan empat kata kerja. Yer...saya tidak di asak awal-awal lagi dengan benda-benda yang menakutkan. Saya dah jumpa formulanya...iaitu buku dari  Dr. V. Abdur Rahim  dan semuanya PERCUMA!! Alhamdulillah. Buku yang dihasilkan oleh beliau sangat mudah untuk difahami dan sistematik. Ini kerana pelajaran dari unit 1 hingga ke unit seterusnya tidak begitu padat dan penerangan oleh Saudara Asif sangat membantu untuk memahami keindahan pelajaran dalam setiap uni