Skip to main content

Bahasa Arab vs Bahasa Inggeris

Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris? Yang mana satu pilihan hati?
Arabic vs English
Source: Freeimages
Kalau ikutkan secara mata kasar sudah tentu bahasa Inggeris yang menjadi pilihan sekarang kerana:
  1. Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum. Walaupun Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi tapi tidak dapat tidak Bahasa Inggeris seringkali digunakan sebagai bahasa kedua bukan saja dalam pertuturan malah dalam urusan di pejabat juga.
  2. Bahasa Inggeris seperti sudah menjadi kemestian untuk setiap pelajar menguasainya dan ia sudah mula dititik beratkan dalam sistem pembelajaran di Malaysia semenjak pra-sekolah lagi iaitu ketika kanak-kanak berumur lima atau enam tahun.
Untuk ruangan ini, saya akan menterjemahkan sepotong berita dari KuwaitTimes hasil tulisan Athoob Al-Shuaibi, tentang Bahasa Arab yang sudah tidak dititik beratkan lagi di tanah Arab.
Semoga kita semua mendapat taufik dan hidayah dari Allah dari isu ini. Amin.
Tajuk: Bahasa Arab vs Bahasa Inggeris: Bahasa Ibunda diancam oleh globalisasi bahasa
Satu gelombang pesat perubahan telah membunuh Bahasa Arab secara perlahan-lahan, bahasa yang cantik dan kaya dengan perbendaharaan kata sedang berada dalam ancaman pengaruh bahasa Inggeris.
Walaupun tiada statistik tentang bilangan orang
yang telah meninggalkan bahasa Ibunda mereka tetapi trend global yang tidak dapat disangkal telah mengunjur kepada penggunaan bahasa Inggeris dalam pertuturan harian, pendidikan dan perniagaan.
Perpaduan bangsa
Bahasa telah dicipta oleh nenek moyang kita berjuta-juta tahun dahulu untuk membantu mereka menyampaikan idea-idea di antara mereka. Dengan lebih kurang 8,000 bahasa di seluruh dunia, ia telah menyepadukan manusia dan dilihat sebagai sejenis perlindungan dari idea yang dihasilkan oleh mereka yang bertutur bahasa lain.
Sebagai medium budaya, bahasa dapat membangunkan ciptaan pertama manusia. Oleh itu, ia telah diperbaiki untuk menampung lebih banyak konsep.
Ia adalah satu medium yang berubah seiring dengan perubahan zaman sesuai dengan kehendak semasa manusia. Kuasa sesuatu bahasa berkait rapat dengan kemakmuran sejagat yang seseorang boleh berikan.
Oleh itu, bahasa yang lemah akan kurang penggunaannya,manakala bahasa industri, kekayaan dan sains telah menjadi bahasa kegunaan semasa. Proses perubahan pertuturan telah menjadi satu isu yang berterusan.
Dengan itu, ia adalah satu kesilapan untuk mengatakan ia sebagai masalah, dan mungkin perkara yang betul adalah untuk menghadapinya dengan hati yang terbuka.
Menurut Hayat Al-Yaqout, Pengasas dan Ketua Pengarang Nashiri, syarikat penerbit elektronik (Non Profit); suatu waktu dahulu, khususnya ketika pemerintahan Abbasiyyah dan Umayyah, bahasa Arab klasik adalah satu bahasa yang paling berkuasa di dunia.
Mereka yang memeluk Islam ketika itu merasakan adanya keperluan untuk bukan sahaja mempelajari bahasa Arab untuk memahami Islam tetapi juga kerana negara Islam ketika itu adalah pengeksport hasil ciptaan, ahli-ahli sains dan ahli falsafah. Ia adalah bahasa yang menjadi trend untuk setiap orang mempelajarinya.
Generasi yang terancam
Kenapa kita mesti mempertahankan bahasa Arab apabila perubahan dan pembaharuan lebih mendapat perhatian? Adakah pelik untuk kita memikirkan bahawa identiti seluruh komuniti dapat dilucutkan dengan mudah apabila mereka bertutur dalam bahasa yang berbeza?
Yaqout percaya bahawa generasi Arab akan datang akan terancam apabila mereka membesar tanpa mengetahui bahasa Arab klasik.
Mereka memerlukan bahasa Arab klasik kerana menurut pendapat beliau, dialek adalah miskin dari segi kekayaan perbendaharaan kata.
Bahasa adalah medium untuk berfikir, tanpa penguasaan bahasa Arab yang kuat, mereka tidak akan mampu untuk terus hidup dan meneruskan nilai-nilai yang hadir seiring dengan bahasa Arab.
Setiap bahasa mempunyai nilai-nilai tersendiri. Oleh itu generasi masa hadapan akan lupa asal-usul dan identiti Arab mereka; kata beliau kepada Kuwait Times.
Apabila kita berada di kompleks membeli belah, kadangkala kita boleh mendengar ibu bapa bertutur dengan anak-anak mereka dalam bahasa Inggeris hampir sepanjang masa. Bahasa Inggeris juga telah menjadi keperluan dalam mencari pembantu rumah atau pengasuh.
Umumnya, menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan seharian di antara belia dan kanak-kanak tidak lagi terhad kepada murid-murid di sekolah swasta sahaja.
Ia sangat jelas bahawa bahasa Inggeris telah mengambil alih peranan bahasa Arab di semua bahagian. Sebagai contoh di Kuwait, selepas bahasa Inggeris di ajar di sekolah menengah, ia telah di perkenalkan di sekolah rendah pada akhir tahun 90-an.
Kami telah menjadi satu generasi yang merasa takut jika tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dan telah taksub kepada pentingnya mempelajari bahasa Inggeris; kata Dr Abdulaziz Abal, pembantu professor di Universiti Amerika,  Kuwait.
Saya hanya berumur 15 tahun ketika berada di Amerika Syarikat apabila rejim Iraq telah menyerang Kuwait. Ramai penduduk Kuwait seperti saya tidak faham apa yang telah berlaku kepada negara kami.
Kami telah mengubah cara hidup kami kepada mempertahankan hak kami dan untuk menghadapi situasi ini kami perlu mempelajari bahasa Inggeris dengan betul. Saya fikir dalam sedar tak sedar kami mungkin akan kehilangan negara kami lagi. Oleh itu kami mesti memastikan anak-anak kami belajar dan bekerja di luar negara; kata beliau lagi.
Paling berkuasa
Walaupun bilangan mereka yang bertutur dalam bahasa Sepanyol mengatasi bilangan penutur asal bahasa Inggeris, ia adalah satu bahasa yang sangat berkuasa di dunia.
Media secara umum adalah satu medium (seperti filem, television, internet dan media sosial) untuk menembusi minda khalayak ramai bahawa bertutur bahasa Inggeris adalah satu trend yang hebat.
Beliau berkata, penduduk dunia sebulat suara telah bersetuju bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa yang global dalam perniagaan dan pendidikan. Ditambah lagi bahawa kehidupan seharian juga telah bergantung kepada sumber bahasa Inggeris kerana sumber data dalam bahasa Arab di Internet tidak boleh dipercayai. Semuanya dalam bahasa Inggeris; ujar beliau.
Apabila kita cuba melihat dari perspektif seorang kanak-kanak, kita dapati bahawa dia memilih untuk bertutur dalam bahasa yang digunakan seharian, bukan dalam bahasa ibundanya kerana dia tidak memerlukan bahasa tersebut; ujar Abal.
Kita tidak sepatutnya merasa takut terhadap bahasa Arab pasar. Ia memang hampir pada kita dan sewajarnya kita patut menggunakan dan memahaminya dengan lebih cepat berbanding bahasa Arab klasik.
Loghat adalah berguna apabila kita menggunakannya bersama kanak-kanak Arab yang membesar dalam keadaan yang menyukarkan mereka untuk bertutur dan menulis dalam bahasa Arab; ujarnya lagi.
Apabila beliau bertanya kepada pelajar-pelajar apakah mata pelajaran yang paling tidak digemari oleh mereka? Jawapannya adalah bahasa Arab dan Agama Islam. Kebanyakan tenaga pengajar bahasa Arab dan Agama Islam sangat tegas dan garang dengan pelajar dan teknik mengajar mereka masih primitif.
Guru-guru hanya mengajar untuk mereka menerima ilmu tetapi bukan mengajar dari sudut praktikal ilmu tersebut. Saya tidak menyalahkan para pelajar untuk memilih bahasa Inggeris.
Kanak-kanak secara tidak sedar tidak mahu bertutur dalam bahasa pembunuh, seperti yang media telah gambarkan imej bangsa Arab penganut agama Islam. Mereka mahu bertutur seperti watak kegemaran mereka dalam Disney atau selebriti di Youtube; ujar beliau.
Menurut Yaqout; bahasa Arab klasik tidak akan menambah nilai kognitif kepada mereka yang telah mendengar dan bertutur dalam loght yang digunakan dalam negara mereka ketika mereka kecil.
Beliau juga bersetuju dengan Abal bahawa ia bukanlah kesalahan yang patut diletakkan pada kanak-kanak atau ibu-bapa.
Kurikulum untuk mengajar bahasa Arab adalah tidak sesuai untuk kegunaan seharian. Bahasa Arab walaupun seharusnya lebih kepada pertuturan tetapi mereka lebih banyak menulis dan mempelajari teori.
Sebenarnya, semua bahasa di dalam dunia bermula dengan pertuturan. Penulisan adalah sesuatu yang abstrak kerana tiada sebab untuk menulis huruf-huruf dalam cara yang tertentu.
Di masa yang sama, kanak-kanak mempelajari bahasa Inggeris dengan menyanyi, membuat persembahan dan berbual dengan kawan-kawan sekelas mereka; terang Yaqout.
Sekiranya generasi seterusnya dibesarkan tanpa mengetahui bagaimana memahami atau menggunakan bahasa Arab klasik dan hanya bergantung kepada penggunaan dialek atau loghat setempat, jurang antara bahasa setempat dan bahasa Arab klasik akan menjadi lebih besar.
Ini akan menyebabkan alim ulama seolah-olah akan mempertahankan monopoli mereka keatas Al-Quran dan tafsirannya. Inilah yang telah terjadi kepada kitab Injil apabila bahasa Latin menjadi pupus. Sejarah akan berulang; Yaqout memberi amaran.

Comments

Popular posts from this blog

Belajar Bahasa Arab Percuma

PERCUMA?!! Ya..percuma. ^^ Tak perlu bayar. Ada internet, ada laptop, ada masa, ada pensel atau pen, ada buku nota di tangan dan...yang paling penting -- DISIPLIN! (hehehe...ini yang paling susah ni..) Benda percuma ni biasanya kita ambil tak serius. Kalau dah semua percuma, kita boleh buat nak atau tanak je kan? Kalau kena bayar...rasa rugiiiiii sangat kalau tak buat sungguh-sungguh. Sebenarnya, ada banyak sangat bahan-bahan belajar bahasa Arab PERCUMA di alam maya ini = Internet. Lebih-lebih lagi dengan kewujudan Youtube, saya rasa tiada masalah kalau kita cuba korek-korek dan cari video pembelajaran yang sesuai dengan cara pembelajaran kita, speed processor  otak kita ni (hehe.....jangan pentium PRO pulak...) dan mudah untuk difahami. [youtube https://www.youtube.com/watch?v=JKv_afOpIiw] Channel:  Learn Arabic Saya terjumpa kursus belajar bahasa Arab percuma ini masa tengah tercari-cari video yang sesuai. Masa tu dalam pertengahan bulan Julai 2015. Mula-mula sekali

Status Kemajuan Bahasa Arab Saya- Bahagian 1

Saudara Asif - Guru bahasa Arab di  Youtube Channel: Learn Arabic  ini pernah berkata "Bahasa Arab ini susah untuk orang yang malas!". Kena kat saya...hehe. 1001 alasan boleh kita beri kalau kita tak mahu atau tak suka sesuatu tu kan? Dulu memang saya malas...sangat, terutamanya bila saya di asak dengan wazan - wazan untuk kata kerja yang pelbagai hingga rasa nak undur  diri saja dari perjuangan bahasa Arab ni. Alhamdulillah...saya telah menemui buku dan bahan belajar  yang sesuai sebab buku tersebut bermula hanya dengan empat kata kerja. Yer...saya tidak di asak awal-awal lagi dengan benda-benda yang menakutkan. Saya dah jumpa formulanya...iaitu buku dari  Dr. V. Abdur Rahim  dan semuanya PERCUMA!! Alhamdulillah. Buku yang dihasilkan oleh beliau sangat mudah untuk difahami dan sistematik. Ini kerana pelajaran dari unit 1 hingga ke unit seterusnya tidak begitu padat dan penerangan oleh Saudara Asif sangat membantu untuk memahami keindahan pelajaran dalam setiap uni

AlQuran Per Kata

Sekarang ada bermacam-macam jenis Al Quran termasuk Al-Quran per kata yang terdapat di pasaran. Apabila saya sudah mula belajar bahasa Arab, saya tercari-cari sebuah Al-Quran yang dapat membantu memudahkan saya menghafal perkataan-perkataan baru. Saya tertarik dengan sejenis Al-Quran yang di sebut sebagai Al-Quran per kata. Al-Quran perkata menyenaraikan terjemahan bahasa Malaysia bagi setiap patah perkataan bahasa Arab di dalam Al-Quran tersebut. Maksud setiap perkataan tidak semestinya hampir sama apabila seluruh ayat diterjemahkan. Harap tidak ada salah faham antara terjemahan Al-Quran atau tafsir Al-quran. Lepas saya riki-riki beberapa website yang menjual Al-Quran, saya mengambil keputusan untuk membeli Al-Quran dari website  BukuOnline2u.com . Ada bermacam-macam pilihan di website ini. Pada awalnya saya ingin membeli saiz B5 sebab lebih mudah untuk dibawa ke masjid dan sebagainya tetapi sebab saya diberitahu saiz B5 sudah tiada stok, maka saya pun telah membeli