Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Belajar Bahasa Arab Percuma

PERCUMA?!! Ya..percuma. ^^ Tak perlu bayar. Ada internet, ada laptop, ada masa, ada pensel atau pen, ada buku nota di tangan dan...yang paling penting -- DISIPLIN! (hehehe...ini yang paling susah ni..) Benda percuma ni biasanya kita ambil tak serius. Kalau dah semua percuma, kita boleh buat nak atau tanak je kan? Kalau kena bayar...rasa rugiiiiii sangat kalau tak buat sungguh-sungguh. Sebenarnya, ada banyak sangat bahan-bahan belajar bahasa Arab PERCUMA di alam maya ini = Internet. Lebih-lebih lagi dengan kewujudan Youtube, saya rasa tiada masalah kalau kita cuba korek-korek dan cari video pembelajaran yang sesuai dengan cara pembelajaran kita, speed processor  otak kita ni (hehe.....jangan pentium PRO pulak...) dan mudah untuk difahami. [youtube https://www.youtube.com/watch?v=JKv_afOpIiw] Channel:  Learn Arabic Saya terjumpa kursus belajar bahasa Arab percuma ini masa tengah tercari-cari video yang sesuai. Masa tu dalam pertengahan bulan Julai 2015. Mula-mula sekali

Buku Bahasa Arab Pertamaku

Saya ambil masa lebih dari dua tahun untuk betul-betul mengambil keputusan untuk belajar bahasa Arab. Maknanya saya mula berura-ura untuk belajar bahasa Arab dengan serius pada tahun 2013. Kenapa? Ketika saya berlibur di Korea Selatan, saya ada singgah di sebuah kedai buku-buku Islam yang berdekatan dengan masjid di Itaewon. *Satu kegemaran saya ketika melancong adalah melawat kedai buku dan membawa pulang sebuah sebagai kenangan.^^* Saya terjumpa buku ini,   Madinah Arabic Reader - Book 1 . Menarik! Terdetik begitu dalam hati saya. Harganya pun tak berapa mahal. Hanya 10,000 won sebuah. Sebelum membelinya saya selak beberapa lembar muka surat untuk pastikan yang saya tak menyesal sesudah membelinya. Saya tak nafikan yang saya sebagai insan yang lemah ini memang ada tabiat hangat-hangat tahi ayam *Nauzubillah. Ya Allah, kurniakanlah ketekunan, kesabaran dan kesungguhan bagiku untuk mendalami bahasa Arab ini. Amin. * Menariknya tentang buku ini, banyak

Mulakan dengan niat yang betul

بسم الله الرحمن الرحيم Dari dulu lagi nak belajar bahasa Arab ni tapi tak pernah ada disiplin, semangat membara-bara dan perasaan membuak-buak nak sunguh-sungguh belajar macam masa belajar di universiti dulu. Almaklum..apabila umur sudah meningkat, sibuk dengan kerjaya dan rumahtangga maka belajar bahasa dan menguasainya adalah seperti sesuatu yang mustahil sebab ia memerlukan komitmen yang tinggi, lebih-lebih lagi untuk menghafal tatabahasa (grammar), perkataan-perkataan baru (vocabulary) dan macam-macam lagi. TAPI... di mana menariknya bila kita dapat menguasai bahasa Arab? Boleh faham Al-Qur'an tanpa baca terjemahan - dah jimat masa di situ ^^ Boleh faham bacaan dalam solat (bagus untuk lebih khusyuk dlm solat...iye lah...syaitan kat sebelah tu dok tunggu je peluang untuk fikiran kite melayang) dan bila kita faham apa yang Allah cuba sampaikan pada kita, boleh menangis dan rasa insaf sangat-sangat.. Boleh praktis cakap dengan orang Arab kalau pe