Skip to main content

Mulakan dengan niat yang betul

بسم الله الرحمن الرحيم
Dari dulu lagi nak belajar bahasa Arab ni tapi tak pernah ada disiplin, semangat membara-bara dan perasaan membuak-buak nak sunguh-sungguh belajar macam masa belajar di universiti dulu.
Almaklum..apabila umur sudah meningkat, sibuk dengan kerjaya dan rumahtangga maka belajar bahasa dan menguasainya adalah seperti sesuatu yang mustahil sebab ia memerlukan komitmen yang tinggi, lebih-lebih lagi untuk menghafal tatabahasa (grammar), perkataan-perkataan baru (vocabulary) dan macam-macam lagi.
TAPI...
di mana menariknya bila kita dapat menguasai bahasa Arab?
  • Boleh faham Al-Qur'an tanpa baca terjemahan - dah jimat masa di situ ^^
  • Boleh faham bacaan dalam solat (bagus untuk lebih khusyuk dlm solat...iye lah...syaitan kat sebelah tu dok tunggu je peluang untuk fikiran kite melayang) dan bila kita faham apa yang Allah cuba sampaikan pada kita, boleh menangis dan rasa insaf sangat-sangat..
  • Boleh praktis cakap dengan orang Arab kalau pegi umrah or Haji ataupun sekarang ramai orang Arab suka melawat Malaysia, boleh lah jawab bila ada yang sesat tanya jalan ke..hehe
  • Kalau dah fasih...bolehlah baca kitab2 bahasa Arab yang masyhur
  • Boleh ajar orang lain supaya lebih kuat memori kita dalam menguasai bahasa Arab dan ini adalah saham akhirat. Sesuatu yang kita tak nampak tapi bila kita dah tiada di dunia ini..kita akan terus kutip keuntungannya. Insha Allah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara:
sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Tak dinafikan... ada sekelumit rasa rugi.."Kenapalah aku tak belajar bahasa Arab dulu? Kenapa ibu bapa aku tak hantar aku pergi sekolah belajar bahasa Arab?"
Dengan teknologi yang canggih zaman ni...semua maklumat di hujung jari dan banyak sangat video yang kita boleh gunakan untuk belajar bahasa Arab dengan percuma, kenapa masih rasa malas dan masih tak mahu ambil peluang?
Di sini pentingnya kita pasang NIAT yang betul, semak semula NIAT kenapa kita nak belajar bahasa Arab ini sambil berdoa dan minta padaNya supaya kita sentiasa tekun dalam usaha untuk mendekatiNya.
Dalam awal Mac 2015, saya ada ambil kursus pendek Psychology from Islamic Perspective dari Islamic Online University. Seorang ustaz bernama Bilal Philips dalam kursus Aqeedah 1 berkata - Berniatlah dengan nama Allah apabila belajar sesuatu untuk mendapatkan Taufik dan HidayahNya bukan dengan niat lain dan sentiasa berdoa supaya Allah beri kita kekuatan supaya tekun dalam usaha kita.
Insha Allah. Allah tak akan sia-sia kan usaha hambaNya apabila dia berniat untuk mendekatkan diri pada Allah.
وَعَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ قَالَ:وَمَنْ سَلَكَ طَرِيْقًايَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا,سَهَّلَ اللهُ لَهُ طَرِيْقًا إِلَى الجَنَّةِ
Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu, sesungguhnya Rasulullah (SAW) bersabda: “Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (H.R Muslim)

Comments

Popular posts from this blog

Belajar Bahasa Arab Percuma

PERCUMA?!! Ya..percuma. ^^ Tak perlu bayar. Ada internet, ada laptop, ada masa, ada pensel atau pen, ada buku nota di tangan dan...yang paling penting -- DISIPLIN! (hehehe...ini yang paling susah ni..) Benda percuma ni biasanya kita ambil tak serius. Kalau dah semua percuma, kita boleh buat nak atau tanak je kan? Kalau kena bayar...rasa rugiiiiii sangat kalau tak buat sungguh-sungguh. Sebenarnya, ada banyak sangat bahan-bahan belajar bahasa Arab PERCUMA di alam maya ini = Internet. Lebih-lebih lagi dengan kewujudan Youtube, saya rasa tiada masalah kalau kita cuba korek-korek dan cari video pembelajaran yang sesuai dengan cara pembelajaran kita, speed processor  otak kita ni (hehe.....jangan pentium PRO pulak...) dan mudah untuk difahami. [youtube https://www.youtube.com/watch?v=JKv_afOpIiw] Channel:  Learn Arabic Saya terjumpa kursus belajar bahasa Arab percuma ini masa tengah tercari-cari video yang sesuai. Masa tu dalam pertengahan bulan Julai 2015. Mula-mula sekali

Buku Bahasa Arab Pertamaku

Saya ambil masa lebih dari dua tahun untuk betul-betul mengambil keputusan untuk belajar bahasa Arab. Maknanya saya mula berura-ura untuk belajar bahasa Arab dengan serius pada tahun 2013. Kenapa? Ketika saya berlibur di Korea Selatan, saya ada singgah di sebuah kedai buku-buku Islam yang berdekatan dengan masjid di Itaewon. *Satu kegemaran saya ketika melancong adalah melawat kedai buku dan membawa pulang sebuah sebagai kenangan.^^* Saya terjumpa buku ini,   Madinah Arabic Reader - Book 1 . Menarik! Terdetik begitu dalam hati saya. Harganya pun tak berapa mahal. Hanya 10,000 won sebuah. Sebelum membelinya saya selak beberapa lembar muka surat untuk pastikan yang saya tak menyesal sesudah membelinya. Saya tak nafikan yang saya sebagai insan yang lemah ini memang ada tabiat hangat-hangat tahi ayam *Nauzubillah. Ya Allah, kurniakanlah ketekunan, kesabaran dan kesungguhan bagiku untuk mendalami bahasa Arab ini. Amin. * Menariknya tentang buku ini, banyak

Status Kemajuan Bahasa Arab Saya- Bahagian 1

Saudara Asif - Guru bahasa Arab di  Youtube Channel: Learn Arabic  ini pernah berkata "Bahasa Arab ini susah untuk orang yang malas!". Kena kat saya...hehe. 1001 alasan boleh kita beri kalau kita tak mahu atau tak suka sesuatu tu kan? Dulu memang saya malas...sangat, terutamanya bila saya di asak dengan wazan - wazan untuk kata kerja yang pelbagai hingga rasa nak undur  diri saja dari perjuangan bahasa Arab ni. Alhamdulillah...saya telah menemui buku dan bahan belajar  yang sesuai sebab buku tersebut bermula hanya dengan empat kata kerja. Yer...saya tidak di asak awal-awal lagi dengan benda-benda yang menakutkan. Saya dah jumpa formulanya...iaitu buku dari  Dr. V. Abdur Rahim  dan semuanya PERCUMA!! Alhamdulillah. Buku yang dihasilkan oleh beliau sangat mudah untuk difahami dan sistematik. Ini kerana pelajaran dari unit 1 hingga ke unit seterusnya tidak begitu padat dan penerangan oleh Saudara Asif sangat membantu untuk memahami keindahan pelajaran dalam setiap uni