Skip to main content

Buku Bahasa Arab Pertamaku

Featured image
Saya ambil masa lebih dari dua tahun untuk betul-betul mengambil keputusan untuk belajar bahasa Arab. Maknanya saya mula berura-ura untuk belajar bahasa Arab dengan serius pada tahun 2013.
Kenapa?
Ketika saya berlibur di Korea Selatan, saya ada singgah di sebuah kedai buku-buku Islam yang berdekatan dengan masjid di Itaewon. *Satu kegemaran saya ketika melancong adalah melawat kedai buku dan membawa pulang sebuah sebagai kenangan.^^*
Saya terjumpa buku ini,  Madinah Arabic Reader - Book 1. Menarik! Terdetik begitu dalam hati saya. Harganya pun tak berapa mahal. Hanya 10,000 won sebuah.
Sebelum membelinya saya selak beberapa lembar muka surat untuk pastikan yang saya tak menyesal sesudah membelinya. Saya tak nafikan yang saya sebagai insan yang lemah ini memang ada tabiat hangat-hangat tahi ayam *Nauzubillah. Ya Allah, kurniakanlah ketekunan, kesabaran dan kesungguhan bagiku untuk mendalami bahasa Arab ini. Amin. *
Menariknya tentang buku ini, banyak gambar yang berwarna-warni supaya tidak cepat bosan dan tulisannya juga tak terlalu kecil seperti buku-buku ilmiah di universiti. Senang cerita...santai.
Walaubagaimanapun...medium bahasa utama buku ini adalah dalam bahasa Inggeris dan sekurang-kurangnya kita mesti faham bahasa Inggeris dahulu untuk memahami buku ini.
Ok..buku dah menarik, saya faham bahasa Inggeris..Alhamdulillah tapi kenapa? kenapa masih malas lagi? Kembali kepada niat.
Saya masih belum rasa kemanisan bahasa Arab ini.
Buku Madinah Arabic Reader - Book 1 adalah karya Dr. V, Abdur Rahim, bekas pensyarah Bahasa Arab selama 30 tahun di Universiti Islam Madinah. Boleh lihat biodata beliau di laman ini.

Comments

Popular posts from this blog

Belajar Bahasa Arab Percuma

PERCUMA?!! Ya..percuma. ^^ Tak perlu bayar. Ada internet, ada laptop, ada masa, ada pensel atau pen, ada buku nota di tangan dan...yang paling penting -- DISIPLIN! (hehehe...ini yang paling susah ni..) Benda percuma ni biasanya kita ambil tak serius. Kalau dah semua percuma, kita boleh buat nak atau tanak je kan? Kalau kena bayar...rasa rugiiiiii sangat kalau tak buat sungguh-sungguh. Sebenarnya, ada banyak sangat bahan-bahan belajar bahasa Arab PERCUMA di alam maya ini = Internet. Lebih-lebih lagi dengan kewujudan Youtube, saya rasa tiada masalah kalau kita cuba korek-korek dan cari video pembelajaran yang sesuai dengan cara pembelajaran kita, speed processor  otak kita ni (hehe.....jangan pentium PRO pulak...) dan mudah untuk difahami. [youtube https://www.youtube.com/watch?v=JKv_afOpIiw] Channel:  Learn Arabic Saya terjumpa kursus belajar bahasa Arab percuma ini masa tengah tercari-cari video yang sesuai. Masa tu dalam pertengahan bulan Julai 2015. Mula-mula sekali

Status Kemajuan Bahasa Arab Saya- Bahagian 1

Saudara Asif - Guru bahasa Arab di  Youtube Channel: Learn Arabic  ini pernah berkata "Bahasa Arab ini susah untuk orang yang malas!". Kena kat saya...hehe. 1001 alasan boleh kita beri kalau kita tak mahu atau tak suka sesuatu tu kan? Dulu memang saya malas...sangat, terutamanya bila saya di asak dengan wazan - wazan untuk kata kerja yang pelbagai hingga rasa nak undur  diri saja dari perjuangan bahasa Arab ni. Alhamdulillah...saya telah menemui buku dan bahan belajar  yang sesuai sebab buku tersebut bermula hanya dengan empat kata kerja. Yer...saya tidak di asak awal-awal lagi dengan benda-benda yang menakutkan. Saya dah jumpa formulanya...iaitu buku dari  Dr. V. Abdur Rahim  dan semuanya PERCUMA!! Alhamdulillah. Buku yang dihasilkan oleh beliau sangat mudah untuk difahami dan sistematik. Ini kerana pelajaran dari unit 1 hingga ke unit seterusnya tidak begitu padat dan penerangan oleh Saudara Asif sangat membantu untuk memahami keindahan pelajaran dalam setiap uni