Skip to main content

Belajar Bahasa Arab semakin popular di bahagian barat China

pelajar China
LANZHOU, Nov. 13 (Xinhua)
Berita dari Shanghaidaily mengatakan bahawa anak-anak muda dari China semakin berminat untuk mempelajari Bahasa Arab setelah inisiatif dari program 'Belt and Road' telah mula menghasilkan peluang perniagaan dan pekerjaan.
Di bahagian Linxia Hui yang kebanyakannya tergolong daripada penganut agama Islam, daerah Gansu mempunyai ratusan pelajar yang sedang mempelajari Bahasa Arab, lebih ramai berbanding tahun lepas.
Di Sekolah Teknik dan Vokasional Linxia ada menyediakan kursus belajar Bahasa Arab selama tiga tahun sama seperti di sekolah menengah tinggi. Penolong Pengetua sekolah tersebut; Xiang Jianping memberitahu bahawa pemuda di sini telah menyedari peluang ekonomi baru dan juga lebih banyak peluang dari sektor pelancongan ke Timur Tengah.
Xiang telah mendaftarkan 200 pelajar pada tahun ini untuk mempelajari bahasa Arab, hampir empat kali ganda bilangan pelajar dua tahun yang lalu. Pada musim panas ini, seramai 50 orang pelajar telah menamatkan pelajaran mereka. Di Linxia, lebih dari 2,000 pelajar sedang mempelajari bahasa Arab di empat sekolah vokasional.
calligraphy bahasa Arab
Dua puluh pelajar yang telah menamatkan bidang tersebut sedang melanjutkan pelajaran mereka di Pakistan dan Mesir. Selain daripada itu, ada di antara mereka bekerja sebagai penterjemah bahasa Arab untuk pejabat-pejabat yang beroperasi di UAE dan Arab Saudi, menurut Xiang, dan kebanyakan pekerjaan mempunyai kadar gaji yang baik.
Peluang pekerjaan seperti itu telah menarik ramai pelajar dari daerah-daerah lain juga.
Persekitaran pembelajaran bahasa Arab juga adalah lebih baik jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain, dengan tenaga pengajar yang lebih baik, kata Tian Jianhui, 20, dari daerah selatan China, Guangdong.
Para pelajar perlu belajar bersungguh-sungguh, tetapi tatabahasa bahasa Arab asas boleh dikuasai dalam beberapa bulan. Mereka suka mempelajarai bahasa Arab, kata Hassan Mustafa yang berasal dari Mesir, 30, seorang guru dari salah sebuah sekolah vokasional terbabit.
Tahun lepas, beberapa syarikat dari China yang mempunyai perniagaan di negara-negara Arab yang bernilai 255 billion dolar Amerika, dan Ma Yongming, Timbalan Ketua Pendidikan Linxia berkata bahawa mereka yang boleh bertutur dalam bahasa Arab dan Cina adalah sangat-sangat diperlukan.
Komen penulis:
Berita seperti ini bukan saja telah memotivasikan saya untuk lebih mendalami bahasa Arab malah saya rasa kagum kerana bahasa Cina juga adalah antara salah satu bahasa yang sangat sukar untuk dikuasai.
Apabila mereka; orang-orang Cina, yang sukar untuk menyebut perkataan-perkataan yang mengandungi huruf 'r', huruf 'l' dan sebagainya mampu untuk mempelajari bahasa Arab, apalagi lah kita bangsa Melayu yang mempunyai lidah yang lembut yang begitu mudah mempelajari bahasa lain. Ayuh semua! Mari kita belajar bahasa Al Quran, bahasa Syurga - bahasa Arab.

Comments

Popular posts from this blog

Belajar Bahasa Arab Percuma

PERCUMA?!! Ya..percuma. ^^ Tak perlu bayar. Ada internet, ada laptop, ada masa, ada pensel atau pen, ada buku nota di tangan dan...yang paling penting -- DISIPLIN! (hehehe...ini yang paling susah ni..) Benda percuma ni biasanya kita ambil tak serius. Kalau dah semua percuma, kita boleh buat nak atau tanak je kan? Kalau kena bayar...rasa rugiiiiii sangat kalau tak buat sungguh-sungguh. Sebenarnya, ada banyak sangat bahan-bahan belajar bahasa Arab PERCUMA di alam maya ini = Internet. Lebih-lebih lagi dengan kewujudan Youtube, saya rasa tiada masalah kalau kita cuba korek-korek dan cari video pembelajaran yang sesuai dengan cara pembelajaran kita, speed processor  otak kita ni (hehe.....jangan pentium PRO pulak...) dan mudah untuk difahami. [youtube https://www.youtube.com/watch?v=JKv_afOpIiw] Channel:  Learn Arabic Saya terjumpa kursus belajar bahasa Arab percuma ini masa tengah tercari-cari video yang sesuai. Masa tu dalam pertengahan bulan Julai 2015. Mula-mula sekali

Status Kemajuan Bahasa Arab Saya- Bahagian 1

Saudara Asif - Guru bahasa Arab di  Youtube Channel: Learn Arabic  ini pernah berkata "Bahasa Arab ini susah untuk orang yang malas!". Kena kat saya...hehe. 1001 alasan boleh kita beri kalau kita tak mahu atau tak suka sesuatu tu kan? Dulu memang saya malas...sangat, terutamanya bila saya di asak dengan wazan - wazan untuk kata kerja yang pelbagai hingga rasa nak undur  diri saja dari perjuangan bahasa Arab ni. Alhamdulillah...saya telah menemui buku dan bahan belajar  yang sesuai sebab buku tersebut bermula hanya dengan empat kata kerja. Yer...saya tidak di asak awal-awal lagi dengan benda-benda yang menakutkan. Saya dah jumpa formulanya...iaitu buku dari  Dr. V. Abdur Rahim  dan semuanya PERCUMA!! Alhamdulillah. Buku yang dihasilkan oleh beliau sangat mudah untuk difahami dan sistematik. Ini kerana pelajaran dari unit 1 hingga ke unit seterusnya tidak begitu padat dan penerangan oleh Saudara Asif sangat membantu untuk memahami keindahan pelajaran dalam setiap uni

AlQuran Per Kata

Sekarang ada bermacam-macam jenis Al Quran termasuk Al-Quran per kata yang terdapat di pasaran. Apabila saya sudah mula belajar bahasa Arab, saya tercari-cari sebuah Al-Quran yang dapat membantu memudahkan saya menghafal perkataan-perkataan baru. Saya tertarik dengan sejenis Al-Quran yang di sebut sebagai Al-Quran per kata. Al-Quran perkata menyenaraikan terjemahan bahasa Malaysia bagi setiap patah perkataan bahasa Arab di dalam Al-Quran tersebut. Maksud setiap perkataan tidak semestinya hampir sama apabila seluruh ayat diterjemahkan. Harap tidak ada salah faham antara terjemahan Al-Quran atau tafsir Al-quran. Lepas saya riki-riki beberapa website yang menjual Al-Quran, saya mengambil keputusan untuk membeli Al-Quran dari website  BukuOnline2u.com . Ada bermacam-macam pilihan di website ini. Pada awalnya saya ingin membeli saiz B5 sebab lebih mudah untuk dibawa ke masjid dan sebagainya tetapi sebab saya diberitahu saiz B5 sudah tiada stok, maka saya pun telah membeli