Skip to main content

Cara Saya Disiplinkan Diri

Hmmm...disiplin.

Satu perkataan yang tak semua orang mahu dengar, ikut atau tekun menghadapinya.
Masa kecil-kecil dulu kalau dengar cikgu disiplin nak datang tengok kelas je, mesti takut sangat. Tapi bila dah besar ni..perkataan disiplin ni sayup-sayup je dengar.
Sebenarnya, penghalang tegar untuk disiplinkan diri adalah diri kita sendiri. Kalau mahu 1000 daya kalau tak mahu 1000 dalih. Betul tak?
OK..bagaimana cara saya disiplinkan diri?
Pertama, saya cuba bahagikan masa saya. Bila saya bahagikan masa saya, baru saya dapat tahu dan nampak jelas bahagian apa saya boleh perbaiki.
Dalam satu hari ada 24 jam:
  • Tidur - 6 jam
  • Kerja - 9 jam
  • Solat dan Al-Quran - 1 jam 30 minit
  • Makan, mandi, masak dan lain-lain - 2 jam
  • Bahasa Arab - 1 jam
  • Bahasa Sepanyol - 1 jam
  • Membaca buku - 1 jam
  • Bersenam - 30 minit
Jumlah keseluruhan - 22 jam
Ada baki 2 jam  untuk muhasabah, perancangan hari esok, menonton berita, bertanya khabar keluarga dan lain-lain.
Oh ya...saya hampir tidak menonton TV sebab tiada keperluan. ^_^ Cuma kadang-kadang saja tengok berita di TV3 dalam 30 minit.
Jadual di atas adalah untuk hari bekerja.
Apabila hujung minggu...saya ambil satu hari untuk bersantai bersama keluarga. Lagi satu hari saya akan buat blog ini dan ulangkaji serta persediaan bahasa Arab dan Sepanyol yang saya sedang pelajari.
Dengan jadual di atas saja, saya rasa saya memang tak mampu untuk disiplinkan diri saya.
Memandangkan teknologi terkini sangat canggih dan hampir semua orang menggunakan telefon pintar, maka saya telah dapat mencari satu aplikasi yang boleh mendisiplinkan saya.
Ada beberapa aplikasi yang bagus tetapi saya cuma mahu yang asas saja. Aplikasi yang saya gunakan adalah - Goal Tracker & Habit List.
goal tracker
Bila saya sudah selesai buat sesuatu, saya akan tandakan dengan tanda 'Ya'. Sebenarnya, dengan aplikasi ini saya boleh memotivasikan diri saya untuk melakukan sesuatu perkara sekurang-kurangnya 40 kali berturut-turut agar dia akan jadi satu 'habit'. Insha Allah.
Cubalah! ^_^

Comments

Popular posts from this blog

Belajar Bahasa Arab Percuma

PERCUMA?!! Ya..percuma. ^^ Tak perlu bayar. Ada internet, ada laptop, ada masa, ada pensel atau pen, ada buku nota di tangan dan...yang paling penting -- DISIPLIN! (hehehe...ini yang paling susah ni..) Benda percuma ni biasanya kita ambil tak serius. Kalau dah semua percuma, kita boleh buat nak atau tanak je kan? Kalau kena bayar...rasa rugiiiiii sangat kalau tak buat sungguh-sungguh. Sebenarnya, ada banyak sangat bahan-bahan belajar bahasa Arab PERCUMA di alam maya ini = Internet. Lebih-lebih lagi dengan kewujudan Youtube, saya rasa tiada masalah kalau kita cuba korek-korek dan cari video pembelajaran yang sesuai dengan cara pembelajaran kita, speed processor  otak kita ni (hehe.....jangan pentium PRO pulak...) dan mudah untuk difahami. [youtube https://www.youtube.com/watch?v=JKv_afOpIiw] Channel:  Learn Arabic Saya terjumpa kursus belajar bahasa Arab percuma ini masa tengah tercari-cari video yang sesuai. Masa tu dalam pertengahan bulan Julai 2015. Mula-mula sekali

Status Kemajuan Bahasa Arab Saya- Bahagian 1

Saudara Asif - Guru bahasa Arab di  Youtube Channel: Learn Arabic  ini pernah berkata "Bahasa Arab ini susah untuk orang yang malas!". Kena kat saya...hehe. 1001 alasan boleh kita beri kalau kita tak mahu atau tak suka sesuatu tu kan? Dulu memang saya malas...sangat, terutamanya bila saya di asak dengan wazan - wazan untuk kata kerja yang pelbagai hingga rasa nak undur  diri saja dari perjuangan bahasa Arab ni. Alhamdulillah...saya telah menemui buku dan bahan belajar  yang sesuai sebab buku tersebut bermula hanya dengan empat kata kerja. Yer...saya tidak di asak awal-awal lagi dengan benda-benda yang menakutkan. Saya dah jumpa formulanya...iaitu buku dari  Dr. V. Abdur Rahim  dan semuanya PERCUMA!! Alhamdulillah. Buku yang dihasilkan oleh beliau sangat mudah untuk difahami dan sistematik. Ini kerana pelajaran dari unit 1 hingga ke unit seterusnya tidak begitu padat dan penerangan oleh Saudara Asif sangat membantu untuk memahami keindahan pelajaran dalam setiap uni

AlQuran Per Kata

Sekarang ada bermacam-macam jenis Al Quran termasuk Al-Quran per kata yang terdapat di pasaran. Apabila saya sudah mula belajar bahasa Arab, saya tercari-cari sebuah Al-Quran yang dapat membantu memudahkan saya menghafal perkataan-perkataan baru. Saya tertarik dengan sejenis Al-Quran yang di sebut sebagai Al-Quran per kata. Al-Quran perkata menyenaraikan terjemahan bahasa Malaysia bagi setiap patah perkataan bahasa Arab di dalam Al-Quran tersebut. Maksud setiap perkataan tidak semestinya hampir sama apabila seluruh ayat diterjemahkan. Harap tidak ada salah faham antara terjemahan Al-Quran atau tafsir Al-quran. Lepas saya riki-riki beberapa website yang menjual Al-Quran, saya mengambil keputusan untuk membeli Al-Quran dari website  BukuOnline2u.com . Ada bermacam-macam pilihan di website ini. Pada awalnya saya ingin membeli saiz B5 sebab lebih mudah untuk dibawa ke masjid dan sebagainya tetapi sebab saya diberitahu saiz B5 sudah tiada stok, maka saya pun telah membeli