Skip to main content

Revolusi Bahasa Arab

my letter village
Hari ini saya akan menterjemahkan satu artikel dari Stepfeed tentang sebuah idea perniagaan dari sahabat kita yang berasal dari Jordan; Natasha Quariab.
Artikel oleh: Noha Medhat
Tajuk: My Letter Village - Merevolusikan pembelajaran bahasa Arab
Walaupun bahasa Arab adalah antara bahasa yang paling ramai orang yang bertutur dalam bahasa tersebut di dalam dunia tetapi ia seolah-olah sentiasa terkebelakang oleh bahasa Inggeris.
Terutama sekali untuk memastikan sumber-sumber pembelajaran bahasa Arab adalah mudah dan menyeronokkan.
Itu adalah perubahan yang diinginkan oleh Natasha Quariab, yang berasal dari Jordan tentang usaha beliau dalam menghasilkan 'My Letter Village'.
Beliau cuba menghasilkan satu tapak kreatif yang mana setiap orang, terutama kanak-kanak boleh mempelajari bahasa Arab dengan seronok.
'My Letter Village' atau dalam bahasa Arab - Qaryat Huroofi adalah satu program animasi yang  mengajar setiap huruf bahasa Arab dalam bentuk fonetik dan bagaimana setiap perkataan Arab terbentuk. Ia juga menyediakan perbendaharaan kata.
Apa yang membuatkan Qaryat Huroofi berbeza dari sumber pembelajaran bahasa Arab (bukan diantara bahasa paling mudah untuk dipelajari) sedia sebelum ini adalah teknik pengajarannya yang unik di mana ia menggunakan program animasi berepisod lima minit.

Di dalam Qaryat Huroofi, setiap huruf bahasa Arab mengambil satu bentuk karakter yang dijadikan bunyi dalam bentuk fonetik. 
Penonton juga dapat mengikuti cerita ini seiring dengan cabaran yang dihadapi oleh karakter yang berbeza ini dan membina perkataan bahasa arab untuk mencapai matlamat mereka.
Melalui cara ini, penonton dapat mempelajari setiap bunyi dan rupa huruf apabila ia ditulis dalam setiap perkataan bahasa Arab yang berlainan supaya penonton dapat mengenali mereka apabila penonton menemui huruf-huruf itu dalam bentuk yang berbeza dalam perkataan yang berlainan.
Quariab sendiri telah bersusah payah untuk mempelajari bahasa Arab ketika beliau masih kecil telah memulakan kempen pengumpulan dana Zoomal untuk merealisasikan Qaryat Huroofi supaya ia dapat diguna pakai oleh orang ramai.
Kami telah menghasilkan episod pertama dan telah mula menayangkannya, sambutannya amat menggalakkan apabila ibu bapa memohon supaya diperbanyakkan episod dan kanak-kanak juga meminta kami untuk memutarkan episod yang sama berkali-kali, ujar Quariab dalam kempen beliau.
Dengan matlamat sebanyak 25,000 dolar Amerika, Quariab bertujuan untuk menghasilkan sebanyak 20 episod dalam bentuk animasi dan akan ditayangkan dalam saluran TV satelit utama kartun Bahasa Arab.
Beliau juga akan memuat naik episod-episod tersebut ke saluran Youtube supaya ia dapat diguna pakai secara percuma.
Selain itu, sebahagian daripada dana itu akan digunakan untuk menghasilkan aplikasi Qaryat Huroofi yang akan memuatkan episod-episod itu dan juga permainan pendidikan serta video yang menarik dan menyeronokkan.
Akhirnya, Quariab, yang mempunyai pengalaman dalam menghasilkan video pendidikan bahasa Arab untuk kanak-kanak mahu merapatkan jurang dalam pasaran sumber pendidikan bahasa Arab secara kreatif  dan menyeronokkan.
Youtube: Syraj

Comments

Popular posts from this blog

Belajar Bahasa Arab Percuma

PERCUMA?!! Ya..percuma. ^^ Tak perlu bayar. Ada internet, ada laptop, ada masa, ada pensel atau pen, ada buku nota di tangan dan...yang paling penting -- DISIPLIN! (hehehe...ini yang paling susah ni..) Benda percuma ni biasanya kita ambil tak serius. Kalau dah semua percuma, kita boleh buat nak atau tanak je kan? Kalau kena bayar...rasa rugiiiiii sangat kalau tak buat sungguh-sungguh. Sebenarnya, ada banyak sangat bahan-bahan belajar bahasa Arab PERCUMA di alam maya ini = Internet. Lebih-lebih lagi dengan kewujudan Youtube, saya rasa tiada masalah kalau kita cuba korek-korek dan cari video pembelajaran yang sesuai dengan cara pembelajaran kita, speed processor  otak kita ni (hehe.....jangan pentium PRO pulak...) dan mudah untuk difahami. [youtube https://www.youtube.com/watch?v=JKv_afOpIiw] Channel:  Learn Arabic Saya terjumpa kursus belajar bahasa Arab percuma ini masa tengah tercari-cari video yang sesuai. Masa tu dalam pertengahan bulan Julai 2015. Mula-mula sekali

Status Kemajuan Bahasa Arab Saya- Bahagian 1

Saudara Asif - Guru bahasa Arab di  Youtube Channel: Learn Arabic  ini pernah berkata "Bahasa Arab ini susah untuk orang yang malas!". Kena kat saya...hehe. 1001 alasan boleh kita beri kalau kita tak mahu atau tak suka sesuatu tu kan? Dulu memang saya malas...sangat, terutamanya bila saya di asak dengan wazan - wazan untuk kata kerja yang pelbagai hingga rasa nak undur  diri saja dari perjuangan bahasa Arab ni. Alhamdulillah...saya telah menemui buku dan bahan belajar  yang sesuai sebab buku tersebut bermula hanya dengan empat kata kerja. Yer...saya tidak di asak awal-awal lagi dengan benda-benda yang menakutkan. Saya dah jumpa formulanya...iaitu buku dari  Dr. V. Abdur Rahim  dan semuanya PERCUMA!! Alhamdulillah. Buku yang dihasilkan oleh beliau sangat mudah untuk difahami dan sistematik. Ini kerana pelajaran dari unit 1 hingga ke unit seterusnya tidak begitu padat dan penerangan oleh Saudara Asif sangat membantu untuk memahami keindahan pelajaran dalam setiap uni

AlQuran Per Kata

Sekarang ada bermacam-macam jenis Al Quran termasuk Al-Quran per kata yang terdapat di pasaran. Apabila saya sudah mula belajar bahasa Arab, saya tercari-cari sebuah Al-Quran yang dapat membantu memudahkan saya menghafal perkataan-perkataan baru. Saya tertarik dengan sejenis Al-Quran yang di sebut sebagai Al-Quran per kata. Al-Quran perkata menyenaraikan terjemahan bahasa Malaysia bagi setiap patah perkataan bahasa Arab di dalam Al-Quran tersebut. Maksud setiap perkataan tidak semestinya hampir sama apabila seluruh ayat diterjemahkan. Harap tidak ada salah faham antara terjemahan Al-Quran atau tafsir Al-quran. Lepas saya riki-riki beberapa website yang menjual Al-Quran, saya mengambil keputusan untuk membeli Al-Quran dari website  BukuOnline2u.com . Ada bermacam-macam pilihan di website ini. Pada awalnya saya ingin membeli saiz B5 sebab lebih mudah untuk dibawa ke masjid dan sebagainya tetapi sebab saya diberitahu saiz B5 sudah tiada stok, maka saya pun telah membeli